Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?

Tesla merupakan antara kereta yang tercanggih di dunia yang telah mengubah cara dan pengalaman pemanduan pada zaman moden ini. Setiap kereta dilengkapi dengan sebuah skrin digital yang menjadi ‘jantung’ untuk kereta elektrik itu berfungsi.

Kereta Tesla mempunyai fungsi untuk mengesan pelbagai objek seperti kereta, motosikal, trak, basikal dan manusia yang ada di sekitar kereta anda dan memaparkannya dalam bentuk ikon 3D pada skrin digital anda.

Fungsi ini sangat membantu dan meningkat kadar keselamatan pemandu kereta Tesla. Tetapi baru-baru ini tular beberapa rakaman video menunjukkan kereta Tesla mereka dapat mengesan kehadiran objek berupa ‘manusia’ semasa melalui tanah perkuburan.

Kejadian ini bukan sahaja berlaku semasa waktu malam, tetapi ia juga berlaku semasa waktu pagi juga. Hal ini telah menjadi bualan sesama sendiri antara pemilik kereta Tesla adakah kereta mereka betul-betul mampu mengesan hantu.

@the_golden_tesla

Ghost ran as he heard “run” I swear! #fyp #tesla #ghost #hunted

♬ The Ghost – NIVIRO
vocket-tesla-kesan-hantu-3
vocket-tesla-kesan-hantu-2

Ada pihak menyatakan kejadian ini berlaku akibat Sistem Pengecaman Imej Tesla masih belajar untuk memahami objek-objek yang ada pada sekeliling kereta dan menyebabkan ia terkeliru ketika mahu menunjukkan objek baru yang tiada di dalam sistemnya.

Tetapi tidak dinafikan teknologi canggih masa kini ‘mampu’ merakam objek-objek yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apa pendapat anda mengenai situasi ini, adakah teknologi kereta Tesla betul-betul mampu mengesan hantu atau ianya sekadar masalah sistem yang boleh dibaik pulih pada masa akan datang?

Pada awal bulan Februari yang lalu, Tesla telah menghantar pelan pelaburan kepada kerajaan Indonesia untuk membangunkan sistem ESS (Energy Storage System) di negara tersebut.

sumber: thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *