Umum diketahui pemakaian mask atau pelitup muka merupakan perkara yang perlu dilakukan kini dimana rasanya semua sudah begitu tahu dengan keadaan semasa akibat Covid-19 yang masih melanda dunia.
Malah pemakaian pelitup muka telah diwajibkan ditempat awam, jadi rasanya memakai mask itu juga menjadi perkara yang tidak asing lagi bagi semua.
Walau bagaimanapun, satu perkongsian pengguna TikTok ini membuatkan warganet terhibur pula apabila satu rakaman video memaparkan seekor anjing menaiki motorsikal bersama tuannya memakai mask sekali gus mendapat perhatian ramai.
Gelagat anjing pakai mask dirakam
Tetapi lebih menghiburkan dalam rakaman video terbabit juga sikap sporting tuan anjing itu disaat sporting dengan individu yang merakam.
Ini kerana, selepas mengetahui dirinya bersama anjing miliknya itu dirakam lalu dia memberitahu kepada haiwan terbabit sambil menunjuk-nunjukkan tangannya kearah perakam seolah-olah mengatakan kepada anjingnya untuk memandang kearah perakam.
Perkongsian pengguna TikTok itu bagaimanapun mencetuskan gelak tawa warganet dengan sikap sporting pemilik anjing itu dengan menghujani pelbagai komen.
“Weiii tu ada camera, japgi kita famous”
“Hahaha! Comel uncle tu. Macam budak dia buat anjing tu. Suruh tengok kamera”
“Uncle tu tunjuk camera kat anjing tu macam anjing tu akan lambai balik je”