Akui Terdesak Perlukan Wang, Pelakon Iklan ‘Tidak Sedar’ Promosi Aktiviti Judi Sempena Aidilfitri

Menjadi buah mulut ramai apabila sebuah video muzik yang mempromosikan perjudian secara terang-terangan telah tular di media sosial. Syarikat judi itu hadir dengan lagu raya sempena Aidilfitri yang bakal tiba dan mengajak orang ramai menggunakan servis mereka dalam meraih wang berganda.

Lebih mengundang kemarahan netizen apabila video muzik tersebut tampil dengan beberapa pelakon Muslim sekaligus mencalarkan imej agama Islam. Dalam satu laporan mStar, pihaknya berjaya menemu bual pelakon yang berada dalam video muzik tersebut bagi mendapatkan berita dari sisi mereka.

Menurut laporan, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan untuk video muzik tersebut dihubungi bagi menjayakan rakaman video muzik sempena Aidilfitri dan tidak tahu rakaman tersebut mempromosikan aktiviti perjudian. Malah, menurut salah seorang watak dalam rakaman tersebut menegaskan hanya mengetahui ia iklan promosikan perjudian pada penghujung penggambaran.

Akui terdesak memerlukan wang dan tidak berani menarik diri saat akhir, mereka terpaksa meneruskan penggambaran untuk bersikap profesional. Tambahnya, mereka berasa bersalah dan juga akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam isu tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pihak polis telah membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, videoi ttersebut jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

sumber : thevocket